Ahad, 4 Ogos 2013

Panduan Untuk Menjawab Soalan Lisan Bergambar


Panduan Untuk Menjawab Soalan Lisan Bergambar

Langkah-langkah ketika membaca teks. (Bahagian A)
Perkara-perkara penting yang perlu diingat:
a)    Baca dengan kuat.
b)   Baca dengan rentak/intonasi yang sesuai.
c)    Berhenti pada jeda yang sesuai.
d)   Gunakan bahasa baku dengan sebutan yang jelas.

Langkah-langkah untuk menerangkan tentang gambar. (Bahagian B)



Peringatan
: Setiap gambar perlu diceritakan secara tuntas. Kemudian, dikembangkan ceritanya dengan menggunakan idea-idea yang menarik.
* Terangkan keseluruhan tempat dalam gambar tersebut.
Contoh: Gambar ini menunjukkan situasi di dalam sebuah sekolah pada waktu rehat. Di sini ada ramai murid.

* Mulakan cerita dengan kata arah yang betul.
Contoh: Di bahagian kiri atas gambar ini, ada seorang murid yang membongkokkan badannya sementara kawannya memanjat di atas badannya. Tujuannya ialah untuk menjolok sarang burung di atas pokok.
Contoh: Tidak jauh dari situ, ada seorang guru yang berlari ke arah mereka sambil meniup wisel. Dia kelihatan marah. Dia cuba melarang murid-murid itu daripada berbuat demikian.

Sebutkan perbuatan positif dan negatif yang terdapat di dalam gambar.
Contoh: Di bahagian kanan gambar ini, ada seorang murid perempuan yang sedang berdiri sambil makan semangkuk mi. Perbuatannya salah kerana dia makan di luar kawasan kantin. Dia boleh menyebabkan tempat itu menjadi kotor jika dia terjatuhkan makanannya.  Dia sepatutnya makan di dalam kantin.
Contoh: Di belakangnya ada seorang pengawas. Pengawas itu cuba memberitahunya supaya makan di kantin. Perbuatan pengawas itu baik kerana dia menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Jika dia tidak memberitahu murid perempuan itu tentang kesalahannya, mungkin murid perempuan itu tidak sedar dia telah melakukan kesalahan.

Menggunakan kata adjektif bagi menggambarkan sikap watak
Contoh: Di bahagian kiri bawah gambar ini, ada dua orang murid yang sedang bermain kejar-kejaran. Mereka kelihatan seronok bermain.
Contoh: Di bahagian kanan atas gambar ini, ada tiga orang murid yang bermain tali skip / tali lompat. Murid yang berada di hadapan terjatuh. Dia kelihatan sedang dalam kesakitan. Dua orang kawannya yang berada di belakangnya kelihatan terperanjat dan bimbang akan rakan mereka yang terjatuh itu.

Berikan pendapat semasa menutup cerita
Contoh: Jika saya berada di tempat ini, saya akan segera memberitahu guru tentang murid yang terjatuhnya itu supaya dia diberi rawatan. Itu sahaja yang dapat saya ceritakan.

Langkah-langkah untuk menerangkan tentang gambar. (Bahagian C)
Peringatan: Dalam bahagian ini, murid perlu berfikir dengan pantas kerana soalan yang diajukan bersifat spontan. Pastikan murid faham akan soalan yang ditanyakan. Jika tidak faham, minta guru ulangi soalan.
Contoh soalan:
Cuba ceritakan pengalaman kamu semasa kehilangan barang yang berharga yang pernah kamu miliki.

Contoh jawapan: (Ingat langkah-langkah berikut)
Bila berlaku?
Saya pernah kehilangan barang berharga yang pernah saya miliki. Barang yang berharga itu adalah sebuah telefon bimbit. Peristiwa ini berlaku setahun yang lalu.

Di mana berlaku?
Ketika itu saya sedang berada di dalam bas bersama beberapa orang rakan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Apa yang berlaku?
Telefon bimbit itu adalah hadiah hari lahir saya yang ke-sebelas tahun. Pakcik saya yang menghadiahkannya kepada saya. Seminggu selepas itu, saya sering membawa telefon bimbit itu ke sekolah walaupun telah dilarang oleh ibu bapa saya. Saya menunjuk-nunjukkan telefon bimbit kepada rakan-rakan saya di sekolah. Semua orang memuji telefon bimbit saya yang canggih itu. Harganya $900.
Semasa pulang dari sekolah, saya dan beberapa orang kawan menaiki bas untuk pulang ke rumah. Saya tidak menyimpan telefon bimbit itu di dalam beg. Malah, saya memegangnya sahaja kerana terlalu ghairah dengannya. Semasa kami hendak turun dari bas, saya terjatuhkan kad tambang saya. Saya pun meletakkan telefon bimbit saya di tempat duduk untuk mengambil kad tambang saya yang terjatuh. Selepas itu, saya pun turun dari bas. Semasa dalam perjalanan pulang saya baru teringat tentang telefon bimbit saya itu. Malangnya, bas itu sudah lama pergi. Saya pulang dalam keadaan sedih. Ibu bapa saya memarahi saya kerana tidak mendengar nasihat mereka.

Apa pengajaran yang kamu peroleh daripada peristiwa ini?
Saya sangat menyesal. Saya sedar bahawa saya sepatutnya mengikut nasihat ibu bapa saya. Saya juga harus membuang sikap buruk saya yang suka menunjuk-nunjuk itu.

25 ulasan:

  1. Ibu bapa yang dihormati dan murid-murid yang disayangi,saya harap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menghadapi peperiksaan lisan bertutur PSLE yang bakal menjelang.
    Komen serta teguran ibu bapa sangat-sangat saya alukan demi mempertingkatkan kemahiran dan keyakinan diri murid. Sekian Terimakasih.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih Cikgu Haizat.
    ~Amirah 6D

    BalasPadam
  3. Terima Kasih Cikgu Haizat
    -Ixora 6J

    BalasPadam
  4. Terima kasih Cikgu Haizat.
    -Athirah Nasuha 6J

    BalasPadam
  5. Terima kasih Cikgu Haizat.
    -Shamill Udonwa 6F

    BalasPadam
  6. Terima Kasih Cikgu Haizat.
    -Muhamad Syazriel 6J

    BalasPadam
  7. Terima kasih Cikgu Haizat.
    -Siti Khadijah 6G

    BalasPadam
  8. Terima kasih Cikgu Badrolhaizat. Cikgu, letakkan gambar-gambar Oral yang lain boleh? Terima kasih.
    -Abdul Syakir 6G

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abdul Syakir, terima kasih di atas cadangan kamu itu. Saya rasa saya telah berikan semua murid gambar-gambar contohan yang agak banyak melalui program SPEAR kita. Gambar di sini sekadar contohan sahaja untuk membimbing kamu cara menjawab. Teknik dan langkah-langkah untuk menjawabnya tetap sama. Harap maklum.

      Padam
  9. Terima kasih cikgu haizat.
    -Syara kamilia 6C

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syara Kamilia, kamu perlu banyak berlatih untuk bahagian C. Pastikan kamu ikut setiap langkah dan cara-cara di atas.

      Padam
  10. Marvelous,Marvelous!!! Terima kasih cikgu!

    BalasPadam
  11. Terima Kasih Cikgu Haizat...
    ~Luqman 6I~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya Maslita binte Ali ibu kepada Luqman Hakim Bin Rahmat Yusof dari kelas 6I ingin saya ucapkan ribuan Terima Kasih buat Cikgu Haizat .Saya menghargai jasa baik , Cikgu yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anak saya .Alhamdulillah.........TErima KAsih...Dengan Doa Cikgu ,Usaha dari dirinya sendiri dan Tawakal ,Pasti menghasilkan Kejayaan.Insyallah....Amin .SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat Cikgu Haizat Sekeluarga......

      Padam
    2. Terima kasih Puan Maslita di atas sokongan anda. Saya juga turut mendoakan Luqman Hakim dan rakan-rakan seperjuangannya meraih kecemerlangan dalam peperiksaan PSLE mereka. Kejayaan mereka adalah kejayaan saya juga, Terima kasih sekali lagi.

      Padam
  12. Terima kasih Cikgu Haizat
    Irfan 6E

    BalasPadam
  13. Umar (6D)
    Terimakasih Cikgu Haizat

    BalasPadam
  14. Terima Kasih Cikgu
    ~Eryn 6C~

    BalasPadam
  15. Terimah kasih cikgu Haizat
    -Irfan Sofyan 6I

    BalasPadam
  16. Cikgu terima kasih atas nota- nota ini. Saya harap saya akan buat yang terbaik dan membuat cikgu bangga.
    -Muhammad Zhafir Bin Riduan
    6H

    BalasPadam
  17. Ribuan terima kasih cikgu haizat!

    --Syukran 6D--

    BalasPadam
  18. Syukran jazilan Cikgu Haizat. Sebagaimana nama anak saya, Syukran(terimakasih),sebagai bapanya tidak ada kata-kata yang lebih mulia selain dari ucapan syabas kepada Cikgu Haizat kerana keprihatinan dan sikap tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajar-pelajar. Mudah2an semua murid2 anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua aspek mata pelajaran.

    -Bapa kepada Syukran Shalan 6D.

    BalasPadam
  19. thnx cikgu

    Ira 6J :)

    BalasPadam